Friday 11 January 2013

Hi there...

Lamanya saya tak menjenguk blog saya ni. Bukannya apa, agak 'busy' la akhir-akhir ni. Sepanjang cuti sekolah, 'busy' menguruskan urusan rumahtangga dan anak-anak. Bila dah bukak sekolah ni, 'busy' dengan tugas-tugas sekolah la pulak. Rasanya boleh lagi mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua pembaca ye.

Untuk pengetahuan semua, saya masih lagi berkhidmat di sekolah lama. Tahun ini saya mengajar Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Awalnya risau jugak bila nak masuk Tahun 1 ni tapi bila dah masuk, alhamdulillah nampaknya semua berjalan lancar. So maknanya tahun ni saya boleh 'berehat' sebentar daripada mengajar kelas peperiksaan. Lega...

Jawatan baru yang saya sandang pula ialah sebagai SU PBS. Besar tanggungjawab tu! Kalau pemantau datang ke sekolah, saya lah salah seorang yang akan dipanggil. Ngeri jugak rasanya. Saya terpaksa bermula dari awal sebab saya tak ada pengalaman pun dalam hal ni. Kalau ada mana-mana pembaca yang mempunyai pengalaman dalam bidang ni, boleh la berkongsi dengan saya ye...



Thursday 13 December 2012

MAGIC ENGLISH FOR KIDS - 1

FUN ENGLISH

MOBILE ENGLISH LEARNING FOR KIDS.

Fun English combines a structured English Language course with engaging and entertaining  games. It is designed for childrenfrom 3 - 10 years old, but older children and adults will enjoy their English Language learning games just as much.

Are you interested? Click here ... MOBILE ENGLISH LEARNING for Kids.

Tuesday 4 December 2012

TARIKH PEPERIKSAAN

Perhatian kepada semua rakan-rakan UPSI Semester 2.

Jadual untuk peperiksaan akhir semester sudah ada. Anda boleh semak dan cetak slip peperiksaan tersebut.

Tarikh peperiksaan adalah seperti berikut :

1.KRT 3013 - Teknologi Maklumat Sekolah Rendah.     (30 Disember 2012)
2.KRB 3033 - Pengantar Bahasa Melayu                     (05 Januari 2013)
3.KPF 3012 - Perkembangan Pendidikan di Malaysia :  (06 Januari 2013)
                   Falsafah dan Dasar.